Monday, 21 October 2013

Asepsis Medikal

Pengenalan
Agama Islam menggalakkan umatnya sentiasa menjaga kebersihan malahan tiada agama yang menyuruh penganutnya untuk tidak menjaga kebersihan. Mengapakah kebersihan begitu penting kepada kehidupan? Antara sebab yang utama ialah dengan menjaga kebersihan kita dapat meningkatkan tahap kesihatan individu, masyarakat dan negara.

Definisi Asepsis dan jenis-jenis

Definasi asepsisis 
Asepsis adalah keadaan yang bebas dari bakteria, virus, fungus dan lain-lain mikroorganisma yang boleh mengebabkan berlakunya penyakit

Jenis-jenis asepsis
Terdapat dua jenis asepsis iaitu

  1. Asepsis Medikal
  2. Asepsis Surgikal
Indikasi dan tujuan asepsis medikal

Indikasi melaksanakan asepsis adalah untuk:-
  1. Mengurangkan bilangan mikroorganisma
  2. Mengelakkan mikroorganisma merebak dari seorang kepada seorang yang lain
  3. Mengelakkan mikroorganisma merebak dari satu tempat ke tempat yang lain

Tujuan melaksanakan asepsis medikal adalah untuk :-
  1. Melindungkan staf kesihatan dan pesakit dari dijangkiti oleh penyakit yang berjangkit
  2. Mengelakkan pesakit dari mendapat penyakit ulangan
  3. Mengasingkan mikroorganisma di satu tempat sahaja dan tidak merebak kepada orang lain

Kaedah-kaedah asepsis medikal

Ada berbagai kaedah asepsis medikal yang perlu diketahui. Antaranya adalah:-
  1. Mencuci tangan
  2. Melakukan rawatan pengasingan
  3. Steralisasi
  4. Disinfektan
  5. Gantian udara yang baik
  6. Mencuci kawasan dengan bersih
  7. Memakai mask dan gown semasa merawat pesakit yang berjangkit
  8. Mengawal transmisi
  9. Mengawal atau melakukan eliminasi dengan reservoirs
  10. Mencuci alat atau mengguna barangan disposable
  11. Mengawal ‘portal of exit’

Prinsip asepsis medikal yang boleh diamalkan

Prinsip asepsis medikal yang diamalkan oleh individu di rumah
  1. Tutup hidung dan mulut semasa batuk
  2. Mandi dan membersihkan diri
  3. Cuci tangan setiap kali selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan
  4. Cuci sayur-sayuran dengan air bersih
  5. Cuci pinggan mangkok dengan air bersih
  6. Guna peralatan sendiri
  7. Meludah dengan betul
  8. Buang sampah dengan betul
  9. Hapuskan tempat pembiakkan vektor

Prinsip asepsis medikal yang diamalkan oleh masyarakat
  1. Buang sampah dengan betul
  2. Hapuskan tempat pembiakan vektor
  3. Penjaja telah menjalani pemeriksaan perubatan
  4. Memastikan tahap kesihatan penjaja
  5. Bekerjasama dengan program kesihatan sekolah
  6. Memastikan bangunan dan tempat kediaman selamat
  7. Bekerjasama dengan program pelalian
  8. Prihatin terhadap kebajikan warga emas, wanita dan kanak-kanak

Prinsip asepsis medikal yang diamalkan di hospital
  1. Mencuci tangan
  2. Mengelak pencemaran
  3. Elak batuk secara terus kepada orang lain
  4. Kawal habuk dan organisma di sekitar wad
  5. Cuci bahagian bersih dahulu kemudian yang kotor
  6. Buang air kotor, cecair badan dan bahan cemar ke tempatnya
  7. Buang barang yang tercemar di tempat yang dikhaskan
  8. Alat gunasemula perlu dicuci dan disucihama sebelum diberikan kepada pesakit lain
  9. Galakkan penggunaan barangan pakaibuang

Tujuan mencuci tangan secara asepsis medikal
  1. Mengurangkan bilangan mikroorganisma di tangan
  2. Mengelakkan berlakunya jangkitan silang kepada diri sendiri, pesakit dan keluarga

Indikasi mencuci tangan secara asepsis medikal
  1. Sebelum dan selepas memberi rawatan kepada pesakit
  2. Sebelum menyediakan makanan
  3. Sebelum memberi makanan kepada pesakit
  4. Selepas menggunakan tandas
  5. Sebelum dan selepas melakukan tatacara

3 comments:

  1. Assalamualaikum saudara, terima kasih atas perkongsian ini. Sangat berguna bukan sahaja kepada perawat, tetapi juga kepada semua manusia. Namun, ada sedikit yang ingin saya nyatakan. Indikasi dan tujuan adalah dua perkara yang berbeza. Seperti yang saya lihat dalam artikel ini, saudara menyenaraikan indikasi dalam bentuk tujuan, sedangkan indikasi merupakan satu petunjuk keadaan yang menggalakkan seseorang melakukan perbuatan tersebut. Sebagai contoh, antaranya indikasi untuk asepsis medikal ialah apabila ingin memberi rawatan yang bukan steril. Bermaksud apabila ingin memberi rawatan kepada pesakit yang tidak memerlukan steril, barulah perlunya asepsis medikal. Jadi, itulah yang ingin saya nyatakan pada saudara. Jika salah, tolong betulkan saya kerana saya masih baru dalam bidang ini. Sekian sahaja. #kamisediamembantu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara, terima kasih atas perkongsian ini. Sangat berguna bukan sahaja kepada perawat, tetapi juga kepada semua manusia. Namun, ada sedikit yang ingin saya nyatakan. Indikasi dan tujuan adalah dua perkara yang berbeza. Seperti yang saya lihat dalam artikel ini, saudara menyenaraikan indikasi dalam bentuk tujuan, sedangkan indikasi merupakan satu petunjuk keadaan yang menggalakkan seseorang melakukan perbuatan tersebut. Sebagai contoh, antaranya indikasi untuk asepsis medikal ialah apabila ingin memberi rawatan yang bukan steril. Bermaksud apabila ingin memberi rawatan kepada pesakit yang tidak memerlukan steril, barulah perlunya asepsis medikal. Jadi, itulah yang ingin saya nyatakan pada saudara. Jika salah, tolong betulkan saya kerana saya masih baru dalam bidang ini. Sekian sahaja. #kamisediamembantu

    ReplyDelete
  3. Casinos Near Me | TheJTM Hub
    Check out the Casinos Near 사천 출장안마 Me Near Me in Cabazon, CA for the Best Casinos and 보령 출장안마 Gambling Sites! 서울특별 출장마사지 Use 구리 출장샵 our 고양 출장마사지 list to find the best casinos and hotels near you in

    ReplyDelete